Setiap
manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan
cinta. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan
cinta.
Seorang
ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.
Seorang
bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada
keluarga.
Seorang
penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.
Seorang
perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair.
Seorang
hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.
..
dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya
kepada kekasihnya.
Secara
dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar
cinta.
Itulah cinta. Ia fitrah. Dan
ia juga boleh menjadi fitnah.
Ia
boleh menjadikan seseorang mulia atau hina. Ia bisa merubah manusia
menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia, dan ia juga bisa
menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.
Sudah
lama kita menjalani kehidupan ini, dan sudah banyak kali perkataan 'cinta' kita
ungkapkan dan luahkan.
Di
kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah. Muhasabah
tentang cinta. Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua
akan di mana letak duduknya rasa cinta kita? Di tempat yang
sepatutnyakah? Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?
01.Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH
"Dan
di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain
Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun
orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..." - [Al-Baqarah: 165]
02.Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq
Melebihi Cinta Kepada ALLAH
Katakanlah:
"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri
kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari
Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya." "Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang fasik." - [At-Taubah: 24]
Cukuplah
dengan dua ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah.
Jika
selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai
hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang
sepatutnya.
Menyedari
bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti
membuktikan rasa cinta itu.
Tidak cukup dengan hanya kalimah "aku cintakan ALLAH" atau "ALLAH adalah segala-galanya buatku" atau seumpama dengannya. Ia
mesti dibuktikan!
ALLAH
subhanahu wata'ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta
kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang telah
disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam:
Katakanlah:
"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." "Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang." - [Ali-Imran:
31]
Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta
kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah
sallAllahu 'alaihi wasallam. Al-hubb (cinta)
dan al-ittiba' (ikut) Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam adalah suatu
yang dituntut agama.
Muslimin-muslimat
sekalian,
Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa
kita. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai
membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi
keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Ya,
cinta kepada makhluk pasti mengundang kekecewaan.
Sekiranya cinta dan kasih diletakkan
kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak
akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila
cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam
ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.
Hadis
riwayat Anas radhiAllahu 'anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi
wasallam bersabda:
"Ada
tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya
iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain,
mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran
(setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam
neraka." - [Shahih Muslim No.60]
Semoga
tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa cinta
kepadaNYA. Mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia
yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang terutama, amin.
Wallahu
A'lam.
No comments:
Post a Comment